Karier filem Jackie_Chan

Ketika berumur 8 tahun, Chan telah dihantar bersekolah di Sekolah Opera Peking selama 10 tahun. Di sana, dia telah diajar mengenai seni bela diri kung fu, akrobatik, nyanyian dan lakonan. Melalui sekolah itu, jalurnya ke bidang lakonan mula terbuka. Pada usia yang agak muda dia menjadi pelakon pembantu dalam filem berjudul Big and Little Wong Tin Bar (1962). Selanjutnya pada umur 10 tahun, dia juga ikut berlakon dalam The Story of Qin Xiang Lin (1964). Dua tahun kemudian dia berlakon dalam Come Drink with Me (1966) dan sebelum mengakhiri pendidikannya, dia juga tampil dalam filem Master with Cracked Fingers dan Little Tiger of Canton (1971). Semua watak itu dilakukan sebagai kerja sampingan berlakon sebagai pelakon tambahan atau stuntman di dalam filem-filem Hong Kong.

Pada usia 17 tahun, selepas tamat pendidikan di Sekolah Opera Peking, Chan dan kawan-kawan seangkatannya terpaksa bekerja keras untuk mencari pekerjaan. Ini cukup sulit kerana selama bersekolah di opera, mereka tidak diajar membaca dan menulis. Satu-satunya cara untuk bekerja hanyalah menjadi pelakon tambahan. Sementara pada setiap tahun, industri filem Hong Kong selalu mencari "daun muda" untuk dijadikan sebagai stuntman. Chan mengambil peluang ini dan mendaftar sebagai stuntman di dalam banyak filem-filem Hong Kong. Dia cepat belajar dan dikenali sebagai pemuda yang berani melakukan pelbagai hal dan adegan paling bahaya. Dia muncul sebagai stuntman dalam filem Bruce Lee iaitu Fist of Fury (1972), Enter the Dragon (1973) dan Game of Death (1973). Beliau pertama kali diberikan sebagai watak utama menerusi filem Little Tiger of Canton (1973). Selepas itu, sekitar tahun 1976-1977 ketika industri perfileman Hong Kong lesu, Chan mengikuti ibu bapanya ke Australia dan dia bekerja di sebuah restoran dan menjadi buruh kasar bangunan. Nama "Jacky" adalah berasal dari nama panggilan kawan-kawannya kepada Chan ketika bekerja di Australia.

Tahun awal: 1976-1979

Pada tahun 1976, Chan telah menerima sebuah telegram dari Willie Chan, seorang penerbit filem terkenal dalam industri perfileman Hong Kong yang terpukau dengan aksi-aksi lagak ngeri hebat dari beliau. Willie Chan menawarkan beliau sebuah watak dalam sebuah filem arahan Lo Wei iaitu New Fist of Fury (1976). Lo pernah melihat aksi-aksinya ketika dalam filem Hand of Death arahan John Woo dan sudah merancang untuk menjadikannya sebagai pengganti Bruce Lee menerusi filem New Fist of Fury. Nama pentasnya ditukar menjadi Sing Lung (China: 成龍, yang bermaksud "menjadi naga") untuk menunjukkan persamaannya dengan Bruce Lee, yang mempunyai nama pentas Lei Siu Lung (China: 李小龍, yang bermaksud "Naga Kecil"). Namun sayangnya filem tersebut tidak menunjukkan kejayaan kerana Chan memiliki gaya yang sedikit berbeza dengan seni bela diri kung fu Bruce Lee. Walaupun mengalami kegagalan, Lo tetap membuat filem dengan tema-tema yang hampir sama, tapi hanya mengangkatnya sedikit dalam filem-filem terlaris. Filem berikutnya adalah Shaolin Wooden Men (1976) dan Snake & Crane Arts of Shaolin (1978).

Debut Chan yang membuatnya terkenal adalah menerusi filem Snake in the Eagle's Shadow (1978). Di bawah arahan Yuen Woo-ping, Chan mendapat kebebasan untuk melakukan pelbagai aksi seni bela diri sesuka hatinya. Filem tersebut dikategorikan sebagai filem kung fu komedi dan terbukti menjadi karya terbaik untuk para penonton dari Hong Kong. Chan kemudian beraksi dalam watak berikutnya dalam filem Drunken Master yang membawanya ke puncak kejayaan.

Ketika Chan kembali ke studio Lo Wei, Lo mencuba meniru pendekatan komedi dari filem terdahulunya, Drunken Master sehingga menghasilkan filem Half a Loaf of Kung Fu dan Spiritual Kung Fu. Dia memberi peluang kepada Chan untuk membantu mengarah filem Fearless Hyena dengan Kenneth Tsang. Ketika Willie Chan keluar dari syarikat, dia menyarankan Chan untuk memutuskan sendiri untuk kekal bersama Lo Wei atau tidak. Ketika pengambaran filem Fearless Hyena Part II, Chan memutuskan kontraknya dan memilih untuk bergabung dengan Golden Harvest yang mengakibatkan Lo Wei memeras Chan mempergunakan jasa triad dan menyalahkan Willie Chan kerana bintang utamanya telah meninggalkan mereka. Perselisihan di antara mereka berakhir dengan bantuan dari pelakon dan pengarah Jimmy Wang Yu yang membolehkan Chan untuk kekal dengan Golden Harvest.

Kejayaan filem aksi komedi: 1980-1987

Chan dalam filem The Young Master (1980), filem terawalnya untuk Golden Harvest.

Willie Chan akhirnya menjadi pengurus Chan dan menjadikannya sebagai kawan sejatinya lebih dari 30 tahun. Dia telah berjasa mengerakkan Chan dalam karier antarabangsanya dengan terjun ke dalam industri perfileman Amerika pada tahun 1980an. Filem Hollywood pertamanya ialah The Big Brawl tahun 1980. Kemudian Chan mendapat watak kecil dalam filem The Cannonball Run pada tahun 1981 yang menghasilkan pendapatan kotor sebanyak US$100 juta secara keseluruhan di seluruh dunia. Walaupun tidak begitu dihiraukan oleh orang ramai kerana pelakon Amerika seperti Burt Reynolds, Chan terkenal dengan penampilan closing credit tittlenya yang memberinya inspirasi untuk melakukan hal yang sama di dalam filem-filem berikutnya.

Selepas kegagalan secara komersil dalam filemnya The Protector tahun 1985, Chan berehat untuk sementara waktu dalam usahanya menembusi pasaran Amerika dan kembali fokus pada filem Hong Kong. Kembali ke Hong Kong, filem Chan mula mendapat pengakuan dari khalayak ramai, khususnya kawasan di Asia Tenggara dengan kejayaan pertama di pasaran Jepun termasuk The Young Master (1980) dan Dragon Lord (1982). Chan membuat beberapa filem komedi dengan kawan operanya Sammo Hung dan Yuen Biao. Pertama kali mereka berlakon bersama dalam filem Project A tahun 1983 dan mendapat penghargaan Best Action Design Award pada Hong Kong Film Awards dalam acara tahunannya yang ketiga. Sejak lebih dari dua tahun "Tiga Bersaudara" tampil beberapa kali dalam filem Wheels on Meals dan filem trilogi Lucky Stars. Pada tahun 1985, Chan membuat pertama dari Police Story, sebuah filem aksi komedi yang dipengaruhi oleh Amerika, dimana Chan memainkan sendiri watak-watak lagak ngerinya. Filem ini mendapat penghargaan sebagai "Best Film" dalam Hong Kong Film Awards tahun 1986. Dalam tahun 1987, Chan berlakon sebagai "Asian Hawk" sebuah karakter yang serupa dengan karakter dari Indiana Jones dalam filem Armour of God. Filem ini merupakan filem yang memberikan pendapatan kasar dalam negara Hong Kong dari Chan dengan pendapatan kasar sekitar HK$35 million.

Filem lanjutan dan penembusannya ke Hollywood: 1988-1998

Pada tahun 1988, Chan mendapat watak bersama dengan Sammo Hung dan Yuen Biao dalam filem Dragons Forever. Sammo Hung menjadi pengarah bersama-sama dengan Corey Yuen, dan yang mendapatkan watak sebagai penjahat ialah Yuen Wah, dimana mereka sama-sama graduan dari China Akademy.

Diakhir tahun 1980an dan awal tahun 1990an, Chan mendapatkan watak yang cukup berjaya mula dari Police Story 2, yang memenangi anugerah untuk Best Action Choreography pada tahun 1989 dalam Hong Kong Film Awards. Kemudian diikuti dengan kejayaan filem Armour of God II: Operation Condor dan Police Story 3: Super Cop, dimana Chan memenangi anugerah sebagai Best Actor Award pada tahun 1993 dalam Golden Horse Film Festival. Pada tahun 1994, Chan kembali memegang watak sebagai Wong Fei-hung dalam Drunken Master II, yang terdaftar dalam Time Magazine's sebagai 100 filem yang diingati sepanjang masa. Filem seterusnya, Police Story 4: First Strike memberikannya banyak anguerah dan menyumbangkan kejayaan domestik untuk Chan, tetapi bukan untuk pasaran antarabangsanya.

Chan meneruskan lagi usahanya untuk memenuhi keinginannya menakluki dunia industri perfileman di Hollywood sekitar tahun 1990an, tetapi dia tidak mahu menerima watak sebagai penjahat dalam filem-filem Hollywood untuk menghindari daripada mendapat watak yang sama pada masa yang akan datang. Sebagai contoh, Sylvester Stallone menawarkan kepadanya watak sebagai Simon Phoenix, seorang penjahat dalam filem Demolition Man. Tetapi Chan menolak dan watak itu diberikan kepada Wesley Sniper.

Chan akhirnya berjaya mendirikan kakinya di pasaran Amerika Utara pada tahun 1995 dengan diedarkan filemnya berjudul Rumble in the Bronx, yang membuka jalan kepadanya untuk masuk dan menguasai pasaran Amerika Syarikat, dimana ini sangat jarang didapatkan oleh orang-orang dari Hong Kong. Kejayaan Rumble in the Bronx mendorongnya mengedarkan filem lainnya berjudul Police Story 3: Super Cop pada tahun 1996 di Amerika Syarikat yang berjaya mendapatkan pendapatan kasar sebanyak US$16,270,600. Chan berganding watak utama bersama Chris Tucker dalam filem aksi komedi Rush Hour pada tahun 1998 dan mendapat pendapatan kasar sebanyak US$130 million hanya di Amerika Syarikat saja.

Terkenal di Hollywood dan mendramakan: 1999-2007

Jackie Chan berlakon sebagai penjahat untuk pertama kalinya dalam filem Rob-B-Hood.

Pada tahun 1998, Chan mengedarkan filem terakhirnya untuk Golden Harvest, Who Am I?. Selepas meninggalkan Golden Harvest pada tahun 1999, Chan menerbitkan dan berlakon di samping Shu Qi dalam filem romantis komedi Gorgeous yang berkisahkan tentang hubungan peribadi. Chan kemudian menolong membuat sebuah permainan Playstation pada tahun 2000 yang dinamakan Jackie Chan Stuntmaster, dimana dia menampilkan suara dan aksi-aksi seni bela dirinya ke dalam permainan tersebut. Chan kembali meneruskan kejayaannya di Hollywood pada tahun 2000, dia bergandingan dengan Owen Wilson dalam filem aksi komedi Shanghai Noon, yang mana sambungannya ialah Shanghai Knights (2003). Kemudian Chan berlakon semula dengan Chris Tucker dalam filem Rush Hour (2001) yang mana kejayaan besar pendapatan kasar sebanyak $347 million di seluruh dunia. Dia mencuba sesuatu yang istimewa dengan filem The Tuxedo (2002) dan The Medallion (2003) yang mana demikianlah bukan sebagai kejayaan bahaya atau perdagangannya.

Walaupun beberapa filemnya mendapat kejayaan seperti Shanghai Noon dan Rush Hour, Chan kecewa dengan Hollywood kerana kesulitannnya mengawal pembuatan filem-filemnya. Sebagai tindak lanjut pengunduran diri Golden Harvest dari dunia industri perfileman pada tahun 2003, Chan mula menubuhkan syarikat perfilemannya sendiri, JCE Movies Limited (Jackie Chan Emperor Movies Limited) yang bergabung dengan Emperor Multimedia Group (EMG). Sejak itu filem-filemnya banyak memunculkan aspek-aspek dramatis namun tetap mencapai kejayaan sebagai filem terlaris seperti New Police Story (2004), The Myth (2005) dan filem hit Rob-B-Hood (2006).

Chan seterusnya mengedarkan filem Rush Hour 3 pada bulan Ogos 2007. Filem tersebut mendapat pendapatan kasar sebanyak US$255 million. Walau demikian, filem tersebut mendapat pendapatan kasar yang cukup mengecewakan di negaranya Hong Kong. Filem tersebut hanya mendapat pulangan kasar sebanyak HK$3.5 million saja dalam tayangannya di penghujung minggu.

Perubahan dalam gaya dan percubaan baru: 2008 - sekarang

Jackie Chan bersama Jet Li untuk filem The Forbidden Kingdom.Chan ketika di Festival Filem Cannes pada tahun 2012.

Dalam pembuatan filem The Forbidden Kingdom, Chan pertama kali berlakon bersama pelakon China Jet Li yang berjaya diselesaikan pada 24 Ogos 2007 dan diedarkan pada bulan April 2008. Seterusnya, Chan mengisi suara dari tokoh Master Monkey dalam filem Kung Fu Panda yang diedarkan pada bulan Jun 2008. Filem tersebut juga menampilkan beberapa pelakon terkenal seperti Jack Black, Dustin Hoffman dan Angelina Jolie. Selain itu, dia juga menandatangani kontrak untuk membantu Anthony Szeto dalam kemampuannya sebagai penasihat untuk filem Wushu yang diedarkan pada 1 Mei 2008. Filem tersebut menampilkan pelakon terkenal Sammo Hung dan Wang Wenjie sebagai ayah dan anak.

Pada November 2007, Chan memulakan pengambaran untuk filem Shinjuku Incident yang diarahkan oleh Derek Lee, yang mana Chan memegang watak sebagai imigran Tionghoa di Jepun. Filem tersebut diedarkan pada 2 Februari 2009. Dari data yang ada di blognya, Chan menyatakan keinginannya untuk mengarah filem lainnya selepas menyelesaikan filem Shinjuku Incident, sesuatu yang sudah lama tidak dilakukannya dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Filem diharapkan lanjutan ketiga dari serial The Armour of God, yang dinamakan Armour of God III: Chinese Zodiac. Filem ini diedarkan pada 12 Disember 2012. Kerana the Screen Actors Guild tidak mengalami pemogokan, Chan mula melakukan pengambaran filem The Spy Next Door pada pertengahan bulan Oktober di New Mexico. Dalam filem The Spy Next Door, Chan berlakon sebagai ejen rahsia yang sedang menyamar namun terbongkar ketika dia menjaga anak-anak kepada kekasihnya. Dalam Little Big Soldier, Chan berlakon disamping Leehom Wang sebagai askar di dalam Warring States Period di China.

Dalam tahun 2010, Chan berlakon dengan Jaden Smith dalam filem The Karate Kid, sebuah sekuel yang sebenar pada tahun 1984. Filem ini merupakan filem Amerika pertama Chan yang menarik. Dia berlakon sebagai Mr. Han, seorang guru Kung Fu dan tukang penyenggaraan yang merupakan guru kepada Dre Parker lakonan Jaden Smith yang suka dibuli oleh kawan-kawannya di sekolah. Kerana wataknya dalam The Karate Kid, Jackie Chan menerima anugerah The Favorite Buttkicker di Anugerah Nickelodeon Kids Choice pada tahun 2011. Filem seterusnya Chan ialah Shaolin. Dia memegang watak sebagai tukang masak di kuil. Filem ke 100nya adalah 1911 yang ditayangkan pada 26 September 2011. Chan bertindak sebagai pengarah bersama Zhang Li, penerbit eksekusif dan watak utama dalam filem ini. Semasa, Chan mengarahkan filem ke 100 dalam kariernya, ini merupakan kali pertama kerja pengarahannya sejak Who Am I? tahun 1998. Filem 1991 ditayangkan di Amerika Utara pada 14 Oktober.

Semasa di Festival Filem Cannes 2012, Chan mengumumkan dia telah bersara daripada lakonan filem aksi kerana umurnya yang sudah tua. Selepas itu dia menjelaskan bahawa dia tidak bakal bersara sepenuhnya dari filem aksi tapi bakal kurang melakukan lagak ngeri dan mengambil perhatian lebih kepada badan.

Pada tahun 2015, Chan menerima anugerah pangkat yang membawa kepada gelaran "Datuk" dari Malaysia kerana dia menolong Malaysia untuk menaikkan pelancongan, terutamanya di Kuala Lumpur di mana dia pernah shooting filemnya. Akan datang termasuk projekprojek filem Indo-China berjudul "Kung Fu Yoga" yang mana bintangnya adalah Sonu Sood dan Amyra Dastur. Filem itu juga menyatukan semula Chan dengan pengarah Stanley Tong yang merupakan pengarah nombor satu kepada filem-filem Jackie Chan tahun 1990an.

Seterusnya tahun 2016, Chan berlakon dalam filem yang berjudul Skiptrace yang diarahkan oleh Renny Harlin. Dia berlakon di samping Fan Bingbing dan Johnny Knoxville.